Wednesday, December 23, 2009

Free Personal signatures - cool!

TEXTAREA_ID

Saturday, December 19, 2009

Kepala Aswad Dicampak ke Tanah

Setelah berhasil menghubungi Azaz, Qais segera keluar dan berunding dengan kawan-kawannya mengenai jalan terbaik untuk membinasakan Aswad. Sementara Aswad sendiri semakin terasa bahawa ada komplotan yang ingin memudaratkan dirinya. Dia mendapat tahu perkara ini dari syaitan-syaitan yang menjadi temannya. Dia mencurigai Fairuz dan selalu memanggilnya untuk disoal siasat, tapi Fairuz menafikan bahawa dirinya sedang memendam rasa benci.
Suatu hari Aswad mengadakan sembelihan haiwan secara besar-besaran yang terdiri dari seratus ekor lembu dan unta di hadapan orang ramai. Tiba-tiba Aswad berkata kepada Fairuz: “Wahai Fairuz! Aku telah menerima wahyu bahawa engkau benar-benar ingin memusnahkan aku. Aku benar-benar bercadang akan menyembelih engkau seperti haiwan-haiwan ini.”
Sekali lagi Fairuz menafikan tuduhan itu dengan mengeluarkan perkataan-perkataan yang membanggakan Aswad. Fairuz mengingatkan Aswad bahawa dirinya telah diberi pangkat sebagai pengetua kaum peranakan dan juga masih iparnya, mana mungkin akan menaruh dendam?

Untuk artikel penuh sila klik DOWNLOAD

MUTIARA KATA

* Tugas pertama seorang lelaki ialah menjadi dirinya sendiri.
* Pilihlah seseorang untuk dicintai & cintalah pilihan anda itu.
* Cinta tidak berbalas sama seperti soalan tanpa jawapan.
* Lelaki yang tidak berharta biasanya memiliki lidah bermadu.
* Lelaki pendiam ibarat air tenang dalam & bahaya.
* Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada
musuhnya sendiri.
* Terdapat banyak kemungkinan untuk gagal kerana kejayaan
hanya boleh dicapai dengan satu perkara iaitu USAHA.
* Ketika ditimpa bencana, kita akan mengenali yang mana satu
lawan & yang mana satu kawan.
* Membaca menjadikan diri anda sebagai seorang lelaki,
menghadiri persidangan sebagai persediaan menjadi lelaki
yang sebenar & menulis menjadikan anda lelaki sejati.
* Karektor seseorang lebih mudah disembunyikan daripada
dikesani oleh orang lain.
* Pemimpin yang baik akan memikul kesalahan & tidak
mengejar nama.
* Lelaki berani mungkin akan kalah tetapi tidak akan mengalah.
* Rumah tanpa buku umpama bilik tanpa tingkap
* Jika anda hanya berbuat baik kepada diri sendiri maka anda
sebenarnya tidak pernah membuat kebaikan.

Ada lagi, anda perlu klik DOWNLOAD

Arab Cakap Kelantan

Orang Arab pun boleh cakap kelantan..ish!



Pedoman Islam untuk bangsa

Walau apapun, bala atau bencana, mempunyai satu ciri – common denominator – yang sungguh istimewa, iaitu dapat dikesan sejak awal lagi. Tentunya, antara pihak yang dapat mengesan ini adalah pihak yang hidup dalam situasi yang hanya inginkan keredaan Ilahi, atau pun mereka yang mempunyai keistimewaan deria seperti clairvoyant, esoterik dan seumpamanya. Dengan kata lain, suatu sifat yang menyerupai atau dimiliki oleh para anbia. Kata-kata mereka adalah kata-kata yang ikhlas, tujuan mereka adalah untuk kebajikan semua, dan terpentingnya tidak mempunyai sebarang niat tersembunyi di sebalik tindak-tanduknya, seperti ingin menjadi ketua, popular, jaguh atau sebagainya. Juga, sekiranya apa yang diramalkan itu benar-benar berlaku, atau pun tidak berlaku, semuanya disifatkan sebagai ketentuan Ilahi. Sementara itu, menegaskan bahawa yang baik itu datang dari Illahi, dan yang buruk itu adalah kelemahan diri sendiri.

Hari ini, ramai – jika bukan majoriti – dari bangsa Melayu, Malaysia, terasa bimbang tentang masa depan mereka. Ertinya, untung nasib mereka, terutamanya ekoran daripada keputusan pilihan raya ke-12, baru-baru ini. Ini kerana terdapat banyak perubahan yang berlaku, atau lebih tepat lagi, melanda bangsa Melayu yang beragama Islam ini. Antara yang boleh disenaraikan di sini ialah:

Ada lagi, untuk artikel penuh sila DOWNLOAD

PEDOMAN ISLAM MENYIKAPI MUSIBAH

Mukadimah

Sebagai agama sempurna, Islam memberikan pedoman lengkap guna menyikapi segala macam peristiwa, baik suka
maupun duka. Sabda Nabi SAW,"Sungguh menakjubkan keadaan orang mukmin, karena semua keadaannya baik
baginya, dan itu tidak terjadi pada siapa pun kecuali pada orang mukmin. Jika dia mendapat kelapangan dia bersyukur,
maka itu baik baginya. Jika dia ditimpa kesulitan dia bersabar, maka itu pun baik baginya." (HR. Muslim).

Pedoman Islam itu antara lain menyangkut bagaimana menyikapi musibah. Oleh ulama musibah didefinisikan sebagai
"segala apa yang dibenci yang terjadi pada manusia" (kullu makruuhin yahullu bi al-insan) (Ibrahim Anis, al-Mu’jam al-
Wasith, h. 527). Musibah gempa bumi DIY dan Jateng 27 Mei 2006 lalu benar-benar telah melahirkan berbagai hal yang
dibenci, seperti robohnya rumah, kematian anggota keluarga, rusaknya perabotan, dan sebagainya.

Bagaimana pedoman Islam dalam menyikapi musibah seperti ini? Bagi shahibul musibah (yang terkena musibah) Islam
memberikan pedoman sikap antara lain :

Untuk mengenai cerita selanjutnya sila DOWNLOAD

CERITA-CERITA DARI AL-QURAN

Dalam sebuah hadis menceritakan, pada zaman dahulu ada seorang lelaki wukuf di Arafah. Dia berhenti di lapangan luas itu. Pada waktu itu orang sedang melakukan ibadat haji. Wukuf di Arafah adalah rukun haji yang sangat penting. Bahkan wukuf di Arafah itu disebut sebagai haji yang sebenarnya kerana apabila seorang itu berwukuf di padang Arafah dianggap hajinya telah sempurna walaupun yang lainnya tidak sempat dilakukan.
Sabda Rasulullah mengatakan :
"Alhajju Arafat" (Haji itu wukuf di Arafah)
Rupanya lelaki itu tadi masih belum mengenali Islam dengan lebih mendalam. Masih dalam istilah 'muallaf'. Semasa dia berada di situ, dia telah mengambil tujuh biji batu lalu berkata pada batu itu :
"Hai batu-batu, saksikanlah olehmu bahawa aku bersumpah bahawa tidak ada tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah."
Setelah dia berkata begitu dia pun tertidur di situ. Dia meletakkan ketujuh-tujuh batu itu di bawah kepalanya. Tidak lama kemudian dia bermimpi seolah-olah telah datang kiamat. Dalam mimpi itu jyga dia telah diperiksa segala dosa-dosa dan pahalanya oleh Tuhan. Setelah selesai pemeriksaan itu ternyata dia harus masuk ke dalam neraka. Maka dia pun pergi ke neraka dan hendak memasuki salah satu daripada pintu-pintunya.


Untuk cerita sepenuhnya sila DOWNLOAD


Sponsor Link